Rabu, Mei 21, 2008

KISAH PERTANYAAN NABI ADAM DAN IBLIS KEPADA ALLAH S.W.T.

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa Nabi Adam A.S. telah bertanya kepada Allah S.W.T., "Ya Allah, Engkau benar-benar telah menguasakannya atas aku, oleh itu tidak mungkin aku dapat menolaknya melainkan dengan pertolongan Engkau."

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak bagimu, melainkan aku serahkan anak itu kepada malaikat yang selalu menjaganya."

Kemudian Nabi Adam A.S. pun berkata lagi, "Ya Allah, tambahkanlah lagi untukku."

Makaka Allah berfirman yang bermaksud, "Setiap kebaikan akan dapat sepuluh kali ganda."

Nabi Adam berkata lagi, "Ya Allah tambahkanlah lagi untukku."

Allah berfirman yang bermaksud, "Tidak akan aku cabut taubat dari mereka(manusia) selagi nyawa-nyawa mereka masih dalam tubuh mereka."

Nabi Adam berkata lagi, "Ya Allah tambahkanlah lagi untukku."

Lalu Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Aku akan mengampuni mereka dan aku tak peduli."

Nabi Adam berkata lagi, "Sekarang cukuplah untukku."

Kemudian iblis pula bertanya kepada Allah S.W.T., "Ya Tuhanku, Engkau jadikan di kalangan anak cucu Adam beberapa utusan dan Engkau turunkan kepada mereka beberapa kitab. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi utusan-utusanku?"

Allah menjawab dengan firman-Nya yang bermaksud, "Utusanmu itu ialah tukang-tukang nujum."

Iblis bertanya lagi, "Dan apa pulak yang menjadi kitabku?"

Firman Allah bermaksud, "Kitabmu ialah tahi lalat buatan."

Bertanya Iblis lagi, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi hadisku?"

Firman Allah yang bermaksud, "Hadismu ialah semua kata-kata dusta dan palsu."

Iblis bertanya lagi, Ya Tuhanku, apakah quranku?"

Firman Allah yang bermaksud, "Quranmu ialah nyanyian."

Iblis bertanya lagi, "Siapakah yang menjadi muazzinku?"

Allah berfirman yang bermaksud, "Muazzinmu ialah seruling."

Iblis bertanya lagi, "Dan apakah yang menjadi masjidku?"

Firman Allah yang bermaksud, "Masjidmu ialah pasar."

Bertanya lagi Iblis, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi rumahku?"

Firman Allah yang bermaksud, "Rumahmu ialah bilik air tempat permandian."

Iblis bertanya lagi, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi makananku?"

Firman Allah yang bermaksud, "Makananmu ialah makanan yang tidak disebut nama asmaku."

Iblis bertanya lagi, "Apakah yang menjadi minumanku?"

Allah berfirman yang bermaksud, "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan."

Dan akhir sekali Iblis bertanya kepada Allah S.W.T., "Ya Tuhanku, apakah yang akan menjadi perangkapku?"

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Perangkapmu ialah perempuan."

Dengan terbacanya kisah ini hendaklah kita berusaha supaya menjauhkan diri daripada perangkap-perangkap iblis.

Apabila kita takut kepada seseorang maka hendaklah kita menjauhkan diri daripadanya tetapi sekiranya kita takut kepada Allah, hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.

Tidak ada komentar: